Tuesday, November 16, 2004

 

kasih ufuk rindu 8

“Mak,In nak pergi dulu ni.Mak betul tak nak ikut?”dia bertanya inginkan kepastian dari Puan Zainon.Hajat hati ingin membawa mereka keluar bersiar tapi mak tak nak ikut pulak.

“Tak naklah.Kamu pergi ajelah bawak budak budak tu.”dia tersenyum memandang anak yang kelihatan manis berbaju ringkas itu.

Danial dan Haikal memekik mekik memanggilnya dari dalam kembara yang baru saja dibelinya itu.Merek kelihatan tidak sabar sabar.Ingin pergi berjalan dilaut kata mereka.In hanya menurut saja.Dia sedar sejak kebelakangan ini terlalu banyak peristiwa yang berlaku hingga dia mengabaikan mereka.

Dia masuk kedalam kereta.Kereta diundur,kemudian keluar dari rumah besar dua tingkat yang dikhaskan oleh syarikat tempat dia bekerja itu.Dia memandu tenang menuju ke pantai.Dia sendiri pun tidak tahu nama pantai itu,dia pun belum pernah sampai kesana.

Dengan aiskrim ditangan masing masing,In membiarkan mereka berlari bermain ditepi pantai.Sengaja dia mengambil cuti hari ini.Penat rasanya bekerja sepanjang masa. Tugasnya sebagai pengurus projek memerlukan dia selalu ketapak pembinaan cukup memenatkan.

Tenang dia memerhatikan ombak laut yang sesekali memukul pantai.Kaca mata hitam ditanggalkan.Ingin menikmati laut yang bergelora ditengah matahari itu.Sesekali dia menjeling kearah pasangan kembar yang leka bermain.In tengelam didunianya sendiri.

Memori itu kembali lagi.Betapa In ingin mengelakkannya, tapi dia tidak mampu.Ia datang tanpa diundang,pergi pula tidak dipinta.Hatinya merana, sakit,berdarah tiap kali memori itu mengetuk hatinya.


“Mama!”Jeritan Haikal dan Danial menyentakkannya.Pantas dia memandang kearah mereka.Tegak dia berdiri.Darahnya berderau.Hatinya berhenti.Jantungnya bagai berhenti berdenyut.Dia rasa bagai nak pengsan saat itu.

Disitu dia melihat anak itu sedang berpelukan dengan seseorang.Dadanya berdebar debar,air mata cepat mengalir keluar.
Tanpa disedari mereka telah berada didepannya.In terkaku.Masih tidak berganjak.

“In.”suara itu memanggilnya.

“Mama,uncle Zaidi.Ikal dah lama tak jumpa uncle.”Haikal merenung In yang masih lagi kaku.
Terkejut melihat air mata mamanya merembes keluar tanpa di pinta.In masih mematung.Melihat anak anak memeluk Zaidi.Dia terpaku disitu.Nafasnya sesak.

“Maaf Encik.Anak anak saya salah orang.”Pantas dia tersedar.Bisa itu menikam tepat kejantungnya.Dia menarik Haikal dan Danial serentak.Berlari anak membawa mereka kekeretanya.

Laungan Zaidi memekik memanggilnya tidak dihiraukan.Cepat cepat dia menaikkan cermin kereta bila anak muda itu menghampirinya.Handbrek ditarik,gear dimasuk,dengan sepantas kilat kembara itu telah berlari meninggalkan Zaidi.Dia keliru,kata kata Zaidi dulu bergema saat itu.

“Abang nak In keluar dari hidup abang.Keluar dari hati abang. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang masa majlis perkawinan abang dengan Julia nanti.Abang akan kawin dengan Julia.Itu saja yang abang nak minta In lakukan. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang lagi.Abang terlalu jijik melihatnya In.”

Air mata mengalir laju,sesekali dia menyekanya.Namun tiada guna kerna ia bagai luka semalam yang kembali terguris.Kenapa?Kenapa saat ini aku harus bertemu kembali dengan dia,setelah sekian lama.

Setelah aku dapat mencipta secebis ketenangan,mengapa dia harus hadir dan merobek ketenangan itu?Kenangan itu terlalu menguris perasaan. Sakit.Pedih.Hancur.Segala galanya bermain dilayar mata. Dia masih menangis.Haikal dan Danial pula diam membisu,mungkin mengerti apa yang melanda mama mereka itu.



“Betul ma.Di jumpa In.Dengan Ikal dan Danny.”Zaidi bersuara sayu.Teringat lagi wajah itu,hati diruntun seribu kesal.

Terbayang lagi wajah yang telah hilang serinya itu.Jauh berbeza dengan In yang pernah dikenalinya selama ini.Masih lagi rasanya dia melihat air mata yang deras menuruni pipi lembut itu.

“Di tak sangka dapat jumpa dia disini mama.”ujar Zaidi.Air matanya menitik bila terkenangkan In,gadis itu begitu takut bila berdepan dengannya.Masih terdengar butir bicara gadis itu.

“Maaf Encik.Anak anak saya salah orang.”Bencikah In dengan ku?!


“Syukurlah Di.Tak sia sia hajat papa beli syarikat tu.”Datuk Zabidi turut sama terharu melihat anak lelaki nya itu.Datin Mariam telah pun mengalirkan air mata sebalik saja Zaidi membawa pulang berita itu.Dia bertambah sedih bila Zaidi menceritakan gadis itu berlari meninggalkannya seolah olah begitu takut melihat Zaidi.

“Tapi,Di tak tahu dia tinggal dimana ma,pa.Di nak minta ampun dari dia.”Zaidi bersuara sedih bila teringatkan semua kata kata yang pernah dihamburkan pada In.Hampa bertamu didadanya saat itu.


“Itu saja yang setakat ini Encik Fuad.I rasa kita berhenti sampai sini aje.”Zaidi bersuara tenang,dia mengarahkan agar anak buahnya berhenti setakat itu saja.

Tak larat lagi rasa nak mendengar butir butir perjalanan syarikat dalam satu hari.Dia perlukan masa untuk semua itu.Lagipun fikirannya kini kacau bilau,sejak seminggu lalu usaha untuk menjejaki kekasih hati tidak berjaya.

Puas sudah dia cuba cuba meronda disekitar,mungkin dapat ketemui insan yang paling disayanginya.Berkali kali dia menunggu bagai menantikan buah yang tidak gugur di tepi pantai,moga dia dapat ketemu gadis itu.

Tapi kehampaan jua yang bertandang,dia akur bila papa dan mama mendesak dia memulakan kerja secepat mungkin.Syarikat yang baru diambil alih pentadbirannya memerlukan kehadirannya saat itu.Tapi Zaidi bersyukur,sekurang kurangnya dia telah tahu kini pujaan hatinya itu berada disini,membina kehidupan baru disini.

Mama dan papa baru semalam berangkat pulang, ada perkara yang perlu diselesaikan papanya di sana.

“Okey kalau macam tu I rasa ini aje yang boleh I terangkan pada you.Lagipun esok kita punya pengurus projek akan kembali dari cuti,I rasa lebih senang kalau Encik Zaidi berbicara terus dengan dia.

Dia boleh terangkan dengan lebih jelas tentang projek projek pembinaan kita yang sedang berjalan pada you nanti.”Fuad bersuara.Memandang bos yang kelihatang sedang bersandar pada kerusi empuk itu.

“Okey,you busy tak?”dia bertanya memandang Fuad didepan mata.

“Tak,kenapa?”Fuad bertanya pada bosnya itu.Walaupun Zaidi tidak bersikap ramah, namun jelas kelihatan yang dia bukan seorang yang sombong.Tapi mungkin kerana pertukaran keadaan menyebabkan lelaki itu kelihatan macam sedikit dingin.

“I nak pergi lawat tapak projek kita tu.Lagipun sekurang kurangnya nanti bolehlah I belajar apa yang patut.”dia merendahkan diri.

Apalah yang nak dibanggakan jika di bandingkan dengan pembinaamn bangunan betaraf antarabangsa semasa di KL dulu,tapi bak kata orang,masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau mengembuk.

“Okey,should be no problem.”dia menganggukkan kepala.Kemudian bangun menuruti langkah Zaidi.



“Mana cik pengurus tu Encik Fuad?”kelihatan Halim menghampiri Fuad dan Zaidi yang sedang leka memerhatikan para pekerja menjalankan tugas masing masing.

“Cik pengurus awak tu cuti.Kenapa?”dia bertanya.Tersenyum mendengar kata kata pengurus tapak projek itu.

“Alah,patutlah lama tak nampak.,Rindulah Encik Fuad.Kalau encik jumpa dia kirim salam kat dia ya.”dia bersuara bersahaja.Tidak sedikitpun tergugat dengan kehadiran Zaidi.Lelaki itu kelihatan memandangnya.

“Encik ni bos baru ke?”sebelum sempat Zaidi bertanya,Halim terlebih dahulu menyoal.

“Iya,ini Encik Zaidi dari semenanjung.Nanti bolehlah awak bekerjasama dengan dia.” Fuad memperkenalkan mereka.Zaidi dan Halim berjabat tangan,dan berbalas senyuman untuk seketika.

“Okeylah saya minta diri dulu Encik Fuad,Encik Zaidi.”Halim meminta diri.

“Oh ya,Encik Fuad jangan lupa kirim salam pada cik pengurus tu ya?”pinta Halim bersungguh sungguh walaupun disertai dengan senyuman manis dibibir.

“Biasalah encik Zaidi.Cik pengurus tu orangnya lawa.Manis dan ayu.Penat kerja nak menjawab bila dia tak ada.Satu hal pulak ada kita punya subkontraktor dan supplier yang merisik risik.

Susah nak berurusan dengan mereka kalau tak ada cik pengurus tu.Dekat ofis tu dua tiga pengurus kanan yang berkenan.Saya ni pun kalau tak kawin mahu aje rasanya meminang cik pengurus tu.”

Fuad bersuara sambil tertawa kecil tanpa menantikan soalan Zaidi setelah Halim berlalu.Zaidi hanya mendengarnya sahaja.Terdetik hatinya kalau korang jumpa In agaknya mahu bergaduh bertumbuk.In,mana kau.Abang rindukan In.

Hatinya merintih untuk kesekian kalinya.Melakar kerinduan buat seseorang yang amat dicintai.Insan yang paling disayanginya.



In sabar menanti didalam bilik mewah itu.Bukan sekali dua,tapi dah selalu sangat dia masuk kebilik itu.Memberi penerangan kepada pengarah terdahulu.Tiap kali ada projek baru.

Tiap kali itulah dia akan kerap berulang alik memberikan taklimat pada ketua jurutera. Sejak dia masuk keofis dia diminta ketemu ketua jurutera baru dan merangkap bos baru mereka.Tadi, bila sepatutnya janji temu mereka jam sepuluh pagi,ditukarkan ke jam dua petang.Lepas lunch hour.

Dia membelek belek fail yang bergelimpangan.Mata kemudiannya tertarik pada satu perhiasan diatas meja itu.Perasaan bagai ditarik tarik.Kini dia berdiri tepat dimeja kayu jati itu.Darah berderau. Mata terpaku pada objek tidak bernyawa itu.In rasa seram sejuk.Tak mungkin!Dia merintih lagi.

Sampai bila hidup ini ingin mempermainkan aku?Dia menjerit dalam hati.Kenapa harus kulalui semua ini?Air mata mula menitis. Bagai dapat menangkap sesuatu bila terpandangkan gambarnya yang diambil tahun lepas bersama Zaidi diatas meja itu.Didalam bilik besar itu.Dadanya berombak kencang.

Peristiwa kelamarin terserempak anak muda itu bermain diminda.In diburu pertanyaan. Drama apakah yang sedang berlaku sekarang ini?Dia telah berkawin, tapi mengapa gambar ini yang diletak disini!

Abang mahu In keluar dari hati abang!

Kata kata itu begitu menyakitkan.Dia tidak mampu lagi bertahan lama.Sudah cukup rasanya. Dia ingin keluar dari semua ini.Lari dari kenyataan yang terlalu menyakitkan itu.


“In!”suara itu.Suara yang amat dirinduinya kini sedang memanggilnya saat itu.In merenung kosong kearah Zaidi yang sedang berdiri tepat dihadapannya saat itu.

Hati berdebar debar.Gelora kedukaan semalam masih belum sembuh.Air mata masih setia disisi.Dikuatkan semangat.Dia harus berani saat itu.

“Cik In,ini pengarah baru kita merangkap ketua jurutera,Encik Zaidi.”Fuad bersuara walaupun terkejut mendengar nama itu dibibir Zaidi.Terkesima melihat air mata gadis itu mengalir seketika tadi.

“Apa kabar Encik Zaidi.”In bersuara menyapa Zaidi.Air mata telah hapus kini. Dikeras -kan hati dan rasa rindu yang begitu menyakitkan.

“Ba..baik In.”Zaidi terkejut mendengar panggilan baru itu.Panggilan yang tercipta hasil dari perbuatan kejamnya pada gadis itu.

“So,rasanya elok I keluar dulu..Rasanya banyak perkara yang perlu cik In dan Encik Zaidi bincangkan.”Fuad meminta diri.Situasi itu tidak tidak memerlukan kehadirannya saat itu.

Keadaan bisu mencengkam tatkala itu.Sunyi begitu bermaharaja lela saat itu.In sekadar duduk dihadapan timbunan fail fail disofa bilik mewah itu.Zaidi pula masih leka memerhatikan gadis pujaannya.Masih meneliti keadaan gadis yang dirinduinya selalu itu.

In semakin tertekan.Sepuluh minit berlalu tanpa sebarang ucapan.Dia mula tidak enak dengan padangan lelaki itu.Zaidi masih begitu.Masih memandangnya.Bingkas In bangun. Tidak sanggup lagi rasanya berdepan dengan semua itu.

“In nak kemana?”Langkahnya mati saat itu.Zaidi mengengam erat tangannya

“In nak pergi mana?”soalan itu diulanginya lagi.Kini kedudukkan mereka bertukar.Zaidi kini berdiri berhadapan dengan gadis itu.Air mata In disapu perlahan.

“Jangan buat abang macam ni In.”rayu Zaidi.Merenung wajah pujaaan hati yang sedang sedih.Sedih melihat wanita itu begitu saat itu.

“Please,sayang say something.”dia memegang erat tangan In.Gadis itu masih membisu seribu bahasa.

“Abang sayangkan In.Jangan buat begini.”kedengaran lagi suara Zaidi.Serentak itu dia memeluk In.

Betapa dia merindui gadis itu.Ingin rasanya dia menghapuskan kedukaan yang bertamu saat itu.Namun In masih begitu.Air mata lebat menuruni pipi.Tiada kata yang keluar dari mulutnya saat itu.

“Abang nak In keluar dari hidup abang.Keluar dari hati abang. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang masa majlis perkawinan abang dengan Julia nanti.

Abang akan kawin dengan Julia.Itu saja yang abang nak minta In lakukan. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang lagi.Abang terlalu jijik melihatnya In.”

In mengulangi kembali memori duka mereka.Sebaik saja dia melafaskan kata kata In meleraikan pelukan Zaidi.Menatap wajah didepan mata.

“In akan keluar dari hidup abang.Kan itu yang abang pinta.In akan hantar surat perletakkan jawatan dua puluh empat jam.”

Akhirnya dia kalah,panggilan abang tidak pernah lekang dari bibirnya.Dia tewas.Kebiasaan yang tercipta hampir dua dekad tidak mungkin akan berubah.In menyeka air matanya sendiri.Kata katanya tegas.Nanum lebih didorong perasaan kecewa pada anak muda itu.

“No,sayang.Maafkan abang.Abang tahu abang terlalu mengikut hati.Abang terlalu…ah sebenarnya ia lebih didorong oleh rasa cinta abang pada In.Abang cintakan In.”dia menarik tangan In.

Membawa gadis itu dalam dakapannya sekali lagi.Mahu In sentiasa disisinya. Tidak mahu lagi kehilangan gadis sebaik In.

“How could abang buat macam ni pada In.Sekejap abang kata sayang, sekejap abang kata benci?”In menyoal sinis.Ingin bebas dari dakapan Zaidi.

Tapi anak muda itu bagai tidak mengizinkannya,pelukkannya dieratkan.

“Abang sayang kan In.Sejak dulu lagi.Sejak kita masih kecil belum mengenal dunia.Tapi abang jatuh cinta pada In sejak itu.Abang sangka ia hanya perasaan yang abang rasa pada Fidah.

Tapi pemergiaan abang ke London merupakan medan untuk menguji perasaan abang pada In.Ternyata,jawapannya hanya satu.Abang cintakan In.Tiada lain.Perasaan abang pada Fidah tidak sama dengan perasaan abang pada In.Berbeza,jauh sekali.Abang cintakan In.”dia masih memeluk gadis itu.Membiarkan air matanya turun.

“Abang sayangkan In,tapi kawin dengan perempuan lain?”bentak In.Langsung meleraikan pelukan Zaidi.

“Abang tak kawin dengan dia In.”Zaidi bersuara tegas.Masih tidak berubah.Dia serius tiap kali In mengungkit pasal wanita lain dalam hidupnya.Dia mahu In tahu hanya ada satu.Dah wanita yang satu itu adalah In.

“Sudahlah bang.Lupakan segala galanya.Mungkin ini yang terbaik antara kita.”In bersuara lemah.Ayat itu begitu menyakitkan.Tapi dia tidak mahu berdepan lagi dengan anak muda itu.

“Macamana In?Macamana?Beritahu abang macamana abang nak lupakan In?”Zaidi memaut bahu In.Melihat gadis itu didepan mata.Mutiara jatuh lagi antara mereka.
“In akan pergi jauh dari abang.Kalau itu yang membuatkan abang lupakan In.”

“Dan menyeksa hati In sendiri.Sedangkan In tak mungkin akan melupakan abang? Begitu?”dia menyoal.Gadis itu mematungkan diri.Merenung kosong kearah Zaidi. Tampak jelas kelukaannya saat itu.Terlalu sukar untuk disembuhkan.

“Tak ada gunanya lagi semua ini bang.Antara kita tak mungkin akan berpatah kembali. In masih merasai kesakitan itu bang.Betapa sakitnya kerana di hina orang yang paling In sayang.”ujar In sedikit keras.Masih terasa betapa pedihnya kata kata Zaidi waktu itu.

“I’m sory sayang.Abang tahu abang salah.Maafkan abang In.Please In cakaplah yang In maafkan abang.”dia mengusap pipi lembut yang dirindui sekian lama.Merenung mata coklat yang memendam seribu penderitaan.

“In boleh maafkan abang.Tapi tak semudah itu bang.In tak mahu lagi jumpa dengan abang.”In bersuara perlahan.Sedikit sebanyak hatinya lembut.Mulai memaafkan Zaidi. Namun tak mungkin dia masuk lagi ke ruang itu.Dia takut di lukai lagi.Cukup sekali.

“Why?Abang tahu In pun sayangkan abang kan?”Zaidi terkejut mendengar kata kata itu. Begitu terlukakah In hingga tidak mahu menemuinya lagi?

“Setelah semua ini bang?In tak mahu bang,In tak mahu lagi punya kaitan dengan masa silam.In tak mahu mengenangkan kembali masa silam kita,walaupun kenangan itu sentiasa didepan In.”sayu suara In membuatkan Zaidi terharu.

Kini dia tahu betapa gadis itu menyintainya dan kerana itu begitu sukar untuk dia menerima sebuah hakikat dituduh tanpa usul oleh orang yang paling disayanginya.

“Kalau macam tu kita bina dunia baru In.Abang dan In akan memulakan kehidupan baru. Anggap kita berkenalan,bertemu disini.Di tempat asing ini.Kita bina semula satu hubungan baru.Bukan sebagai sepupu,cukuplah kita bermula sebagai ketua dan pekerja -nya In.”dia memujuk.Terlalu keras hati wanita itu.

“Tak mungkin bang.In terlalu terluka dengan segala gala yang berlaku bang.Cukuplah setakat ini saja.”dia ingin bangun tapi Zaidi masih tidak membenarkannya.Tangan In dicapai.Mendudukkan kembali gadis itu didepannya.

“Abang tahu In.Abang bersalah pada In.Tuduhan melulu yang lemparkan pada In. Kekasaran yang abang lakukan pada In.Segala kata kata kesat yang abang lafaskan pada In.Tapi segalanya kerana didorang oleh perasaan cinta abang pada In.Betapa abang kecewa In.Kecewa yang teramat sangat.Bila wanita yang abang puja,abang sayang berlaku tidak adil pada abang.”

“In tak pernah sekali kalipun melakukan perbuatan terkutuk itu bang.”In menyampuk.

“Abang tahu,tapi itu gambaran perasaan abang.Hinggakan abang tidak perasan gambar pak anjang dan Rizal dibelakang In.Masa tu apa yang abang tahu hak abang dirampas. Julia menceritakan kononnya selalu melihat In dan Rean.Hati abang sakit In.Sakit sangat. Abang tidak ingin mempercayainya.

Berpuluh kali In.Berpuluh kali dia mencanangkan cerita yang sama.Akhirnya kesabaran abang sampai ketahapnya.Abang gagal In. Abang menurutkan hati dan perasaan yang dirasuk syaitan.

Hinggakan abang lupa,betapa abang menyintai In.Betapa selama ini abang yang paling memahami diri In. Abang lupa In. Maafkan abang.Maafkan abang sayang.Kembalilah In,kembali pada abang,”

Zaidi melafaskan satu persatu.Air mata lelakinya tumpah lagi.Membasahi telapak tangan In yang digengamnya. Menyentakkan gadis itu.

“Sehingga kini hanya abang lelaki yang paling In sayang.Tiada lain bang.Tapi ada sesuatu yang menghalang In untuk kembali bang.

Mungkin ketakutan semalam masih menghantui In.In maafkan segala gala yang berlaku antara kita bang.Tapi untuk kembali pada abang semula,..”kata kata In tergantung.Memerhatikan wajah lelaki itu.Rindunya yang mengungung hilang bila menatapnya.

“Tiada keyakinan dalam diri In bang.Maafkan In.Cukuplah setakat ini saja.Biarlah segalanya berlalu bang.Lama kelamaan pasti abang kan ketemu seseorang yang mampu membahagiakan abang.”sayu dia bersuara.Sedihnya hati saat itu hanya Tuhan yang tahu. Kehilangan lelaki itu begitu menyakitkan.

In cintakan abang!!

Suara hatinya menjerit.Tapi ketakutan itu masih mengekori.In terlalu takut untuk kembali keruang itu.Ruang cinta!

“In masih memikirkan kebahagiaan abang tanpa memikirkan hati In!”ucap Zaidi. Sungguh, dia terharu dengan kata kata yang dilafaskan In.

“Abang sayang kan In.Dan itu takkan berubah In.Itu adalah keputusan muktamad.” Suaranya jelas kedengaran begitu tegas.

“Soal In,biar abang saja yang uruskan.Abang mahu In kembali semula pada abang. In akan jadi isteri abang.Itu janji abang pada In.” Zaidi bangun,mengambil gambar mereka dari atas mejanya.

“Abang mahukan kebahagiaan ini semula In.Abang rindukan kemesraan kita dulu.” dihulurkan bingkai gambar itu pada In.

“Abang akan bantu In.Percayalah,kalau itu price that I have to pay.Abang akan lakukan -nya.Abang mahu kan In kembali disisi abang.Abang akan kembalikan keyakinan itu In. Beri abang peluang untuk kita sama sama mencipta bahagia.Bolehkan?”dia menyoal, merenung mata sayu itu.

Wajah itu ditenungnya,meleraikan rindu yang masih membukit. Perlahan lahan In menganggukan kepala.Pantas dia memeluk lelaki itu.Kata kata Zaidi membunuh bukit yang dibinanya.

“In cintakan abang.Jangan sesekali abang sangsikannya bang.In hidup kerana abang, kalau abang tiada In akan mati bang.”sayu kata kata itu diselangi esakkan yang beraja.

“Jangan cakap macam tu In.Selagi abang hidup,selagi In hidup abang akan pastikan ia takkan berlaku lagi.Abang cintakan In.”air mata kegembiraan mengalir pula.Erat dia memeluk gadis itu.Memujuk dan membelai jiwa wanita kesayangannya itu.



“Abang rindukan In.”Zaidi merenung gadis itu.Tersenyum bila gadis itu sudi membenarkan dia menemui mak su dan pasangan kembar itu.

“Abang minum dulu ya.Nanti mak keluarlah.In nak kedapur sekejap.”In meminta diri, kaget dengan perubahan sikap Zaidi yang mendadak itu.

Dia perhatikan semenjak dia memaafkan Zaidi anak muda itu terang terang mengungkapkan kata kata sayang dan ucapan rindu padanya.Malahan anak muda itu tanpa segan silu mengucup pipinya.Bila ditanya,katanya abang rindukan In.

“Okey,”dia tersenyum lagi.Kini mata beralih pada Haikal dan Danial yang leka dengan permainan yang dibawanya.Mereka gembira dapat ketemu Zaidi.Pasangan kembar itu juga rupa rupanya rindukan dirinya.Sesekali dia tersenyum memerhatikan tingkah mereka.

“Apa kabar Di?”Puan Zainon menyapa anak saudara yang sedang leka itu.

“Baik mak su.”Zaidi menyahut walaupun sedikit terkejut dengan sapaan itu.

“Mak su,Di minta maaf dengan apa yang Di dah lakukan pada In.Di tahu Di bersalah mak su.”dia berterus terang.Memang itulah hajatnya bertandang saat itu.

Ingin sekali memohon maaf diatas segala kekasarannya pada In.

“Mak su tak faham apa yang berlaku antara kamu berdua sebelum ini Di.Tapi mak su tak pernah salahkan Di diatas semua ini.Apa yang penting kini Di dan In dah berbaik semula.”tenang rasa hati tua bila menerima pekabaran tentang kedatangan Zaidi.

Tidak perlu lagi dia bertanya,hatinya tahu In kini sudah kembali pada Zaidi.Pasangan yang membesar didepan matanya.

“Terima kasih mak su.Di bersyukur sekurang kurangnya,walaupun In masih takut untuk menerima Di kembali.Tapi sekurang kurangnya Di masih punya kesempatan untuk memperbaiki hubungan kami.”dia diam seketika.Cuba mengumpul kata kata yang bakal diluahkan.

“Mak su,Di minta maaf kalau mak su anggap Di melanggar adat.Tapi Di betul betul sayang kan In mak su.Di minta kebenaran mak su untuk Di lamar In.”dia bersuara tenang,menyembunyikan gelodak hatinya saat itu.Gusar seandainya hajat yang satu di tolak.

“Betul Di sayangkan In?”terpacul soalan itu dari mulut Puan Zainon.

“Betul mak su.Di sangat menyintai In.”kali pertama di berterus terang begitu seumur hidupnya lagi lagi didepan ibu wanita pujaan hatinya.

“Bagi mak su tiada halangan Di.Cuma mak su harap satu aje Di,”Puan Zainon pula kaku untuk bersuara.Kesedihan mula bertamu saat itu.

“Mak su takkan maafkan Di lagi,kalau Di kecewakan In sekali lagi.Cukuplah dengan semua yang In lalui.Mak su tak mahu In menderita lagi Di.Itu saja harapan mak su.”

Puan Zainon bersuara sebak.Masih terbayang diruang mata penderitaan permata hatinya itu. Anak tunggal yang tinggal kini.Kesedihan In dirasakan bagai penderitaannya.



“Apa yang termenung tu?”teguran Zaidi menyentakkan In.

“Bila abang masuk bilik In ni?”dia bertanya,tidak senang dengan kehadiran Zaidi saat itu.Entah mengapa dia seolah olah masih belum mampu menerima kehadiran anak muda itu.Layanannya pada Zaidi begitu dingin.

“In marah ke?”dia duduk tanpa mempedulikan gadis itu.Tangan lembut In dicapai dan digengamnya.

“Mak mana?”In bertanya pula.Kekok berdua begitu dengan Zaidi setelah sekian lama tidak ketemu.

“Mak su keluar,katanya bawa Ikal dan Danny pergi kekedai.”

“Oo,jadi abang masuk bilik In ni buat apa?”dia bertanya pula.Mak tak ada?Hati tertanya tanya.

“Hei,masuk bilik buah hati pun tak boleh kah?”tergelak dia mendengar nada suara In yang agak ketakutan itu.

“Siapa buah hati abang ni?”In membentak.Muka sengaja dimasamkan.

“In lah.”lantas satu kucupan hangat hinggap dipipi kanannya.Terbeliak In memerhatikan Zaidi yang hanya tertawa itu.

“Kenapa dengan abang ni?Abang lain tau sejak kita berjumpa ni.”In bersuara telah reda rasa terkejutnya.Memang perubahan sikap Zaidi membuatkan dia tertanya tanya.Anak muda itu lebih bersikap terus terang bila menunjukkan rasa cintanya.Dia lebih terbuka dengan segala perbuatannya.

“In pun lain.In tak layan abang macam dulu lagi.Selalu aje nak marah abang.In selalu cakap kasar dengan abang.”dia masih tersenyum,suaranya jelas menunjukkan rasa hatinya.

“In,tak bermaksud nak sakit kan hati abang.Tapi susah bagi In melalui semua ni bang.”In terkesima.Terkejut mendengar kata kata Zaidi.Dia sedar kini dia terlalu berkasar dengan Zaidi,sedangkan anak muda itu kini kian manja dengan dirinya.

“Sebab tu lah,abang tak mahu sembunyi sembunyi lagi.Abang nak terang terang menyatakan rasa hati abang pada In.Selama ni abang cintakan In tapi tak mampu mengungkapkannya.

Serik rasanya kehilangan orang yang abang paling sayang.Kini abang tak mahu melepas lagi.Abang takut kehilangan In buat kali kedua.Cukuplah selama enam bulan ni abang bagaikan orang gila mencari In kesana kemari.”dia memeluk In.Mengucup perlahan ubun ubun gadis itu.In diam tidak bereaksi. Kelu untuk berkata kata.

“In perlukan masa bang,”keluar juga suara In.Itu yang sebetulnya.In perlukan masa untuk segalanya.Masa untuk kembali menerima Zaidi dalam hidupnya,masa untuk menyesuaikan diri kembali dengan Zaidi.

Masa untuk menerima kehadiran Zaidi kali kedua,sukar untuk dia berbuat begitu bila perpisahan yang terjadi antara mereka dulu.Dia masih lagi takut untuk merasai kembali segala kenangan lalu,segala kegembiraan baru.Terlalu takut rasanya…

“Abang tahu,abang akan berikan sebanyak masa yang In mahu,tapi satu aje yang abang pinta.Abang mahu pakai ni.”dia mengeluarkan seutas rantai dari gengaman tangannya.

“Ia milik In dan takkan berubah sampai bila bila.”dia memakai kan gadis itu rantai yang pernah dipulangkan padanya dulu.

“Abang yang buatkan In pulangkan balik.”dia bersuara,air mata laju menuruni pipi. Betapa payahnya saat itu dia mahu menanggalkan rantai pemberian Zaidi.Rantai emas putih itu satu satu yang mendekatkan dirinya dengan Zaidi.

“Abang janji dengan In yang rantai ni tetap akan ada pada In.Abang takkan sekali kali lakukannya sekali lagi.Ia akan tetap bersama In selagi abang hidup.”dia membawa gadis itu dalam dakapannya.Ingin menghapuskan kedukaan gadis itu.


Zaidi gila bayang,sah memang dia sedang mabuk kepayang.Rasa rindu pada In tak pernah surut.Masih sama seperti satu waktu dulu.Rasa rindu itu begitu indah.Mengenang In umpama saat saat yang amat berharga.Semalam dia bagai tidak menyakini diri.Masih tidak pasti tentang apa yang berlaku.

Segalanya bagaikan mimpi.Bagaikan mimpi bila gadis itu berdiri didepannya.Dia bagaikan berada diawang awangan bila gadis itu tersenyum dan berbicara dengannya bagai satu masa dulu.Pertama kali setelah hampir enam bulan dia bagai kembali menjadi Zaidi dulu.

Zaidi yang sama yang masih membawa bersama rasa kasih dan sayang yang hangat membara untuk gadis yang paling istemewa padanya.Tidak terucap kata dan tidak terlahir kegembiraan itu.Kalaulah ada yang dapat melihat hatinya saat itu,ah tentu saja pasti mereka tidak mempercayainya.

Gambaran In memenuhi ruang hatinya.Hanya gadis itu yang pertama dan terakhir.Kasih yang tersemai sejak hampir dua puluh tahun begitu mendalam pada dirinya.Kasih pada In tiada tolok bandingannya.Sukar untuk mengungkapkan perasaan bila In dekat dihati.

Susah nak di ceritakan betapa dia menyanyangi gadis itu.Sukar untuk dinyatakan betapa dia amat menyintai satu satu insan itu.Kasih pada In ibarat dia memiliki seluruh harta kekayaan dunia.Tiada tolok bandingannya.



“Cik In tak apa apa?”Fitrah bertanya,risau melihat ketuanya yang ketakutan itu.Jangan kata In dia pun terkejut mendengar gadis itu menjerit dari dalam biliknya.Dia lekas lekas masuk.Mata turut tertumpu pada bungkusan yang dibuka In.Terkejut melihat anak patung berlumuran darah yang didadanya tertusuk pisau yang tajam.

“No,Fit.I’m okey.Agaknya ada orang nak buat jokes dengan I.”In masih sempat berlawak walaupun rasa terkejut masih belum reda.Dia bagai dapat membaca sesuatu dari kiriman itu.Namun terlalu awal untuk membuat andaian.

“Nak buat police report ke cik In?”Fitrah bertanya lagi.Seram melihat keadaan anak patung itu.Siapa yang berdendam dengan gadis itu hingga sanggup menghantar patung yang menyeramkan itu.

“Tak apalah.It’s okey.Tak apa apa.Agaknya orang silap bagi kot.”dia mengukir senyum walaupun tampak nyata senyuman itu hambar.

“You buangkan aje lah.”dia menyorongkan kotak itu pada Fitrah.Setiausahanya itu ragu ragu untuk menyambutnya.

“You takut ke?”tertawa kecil In melihat Fitrah saat itu.Hilang rasa takutnya,kini berganti dengan rasa gelihati pula.

“Hello,”sapaaan seseorang dimuka pintu menyebabkan In dan Fitrah berpusing serentak kebelakang.Kedua duanya kelihatan sedikit terkejut.

“Kenapa ni?Pucat semacam aje.”Zaidi tersenyum dimuka pintu.Memerhatikan mereka berdua.Perlahan lahan dia melangkah menghampiri In dan Fatin.Mata tertacap pada kotak diatas meja gadis itu.

“Encik menakutkan kami.Bukan apa cik In dapat hadiah pelik.”Fitrah bersuara,mewakili In yang masih membisu.Kotak tersebut masih lagi berada diatas meja In.

“Hadiah apa?”dia mendekati In.“Kenapa honey?”dia bertanya,tanpa segan silu dia memeluk gadis itu.

“Itu hah,takut pulak rasanya.”Fitrah hanya tersenyum memerhatikan gelagat pasangan itu.In pula mematikan diri.Malas mahu melayani kerenah Zaidi.Otaknya berfikir siapa gerangan pengirim itu.

“What the hell is this?!”giliran Zaidi pula terkejut.Pelukan terlerai,dia menatapi anak patung itu. Memang menakutkan.Pisau yang berkilat bagai menikam kebatang tubuh yang bernyawa.Darah bertebaran dimana mana.

“In dapat pagi tadi.Surpise untuk kita katanya.”dia tersenyum kelat,menghulurkan surat yang turut sama dikepilkan bersama bungkusan itu.Zaidi pantas mencapai surat yang dihulurkan kepadanya.Tunduk seketika membaca surat,namun tangannya memegang tangan In.

“Fitrah,call polis.”Zaidi memberikan arahan serta merta.Tiba tiba dia diselubungi perasaan takut.Takut kalau kalau berlaku sesuatu pada gadis itu.Risau memikirkan isi surat yang berbaur ancaman itu.Dan lebih ngeri bila melihat keadaan patung itu.

“No,abang.Tak payahlah.”In mengelengkan kepala.Fitrah serba salah,ingin melangkah tapi tak jadi.Masih menunggu arahan seterusnya.

“But it’s dangerous honey.Seriously,patung tu menakutkan abang.Surat ni jelas menunjukkan dia nak ugut In.Abang tak mahu perkara buruk berlaku pada In.”dia menatap wajah In.Mengusap perlahan tangan didalam gengamannya.

“Okey,Fitrah.Call police.”Zaidi memberikan arahan.Belum sempat In membantah Fitrah dah pun melangkah kemejanya dan membuat panggilan.

“Tak perlu perbesarkan perkara ni abang.”In bersuara perlahan.Dia kembali duduk diatas kerusinya.Zaidi pula duduk didepan meja,berhadapan dengan dirinya.Gementar pula terbit saat itu.

“Bukan besarkan In.Kita cuma bawa kepihak berwajib.Abang takut kalau ada perkara buruk yang menimpa In.”Dia memujuk.Terlalu sukar rasanya untuk melembutkan kembali hati gadis itu.In masih belum menerimanya sepenuhnya.

“In tak kisah abang pula yang takut.”In tertawa kecil.Entah mengapa hatinya riang saat itu.Sikap Zaidi yang begitu mengambil berat seolah olah berjaya mengundang sedikit demi sedikit dirinya dalam hati In kembali.

“Abang sayang kan In.”dia menjawab senang.Pertama kali sejak mereka bertemu semula dia melihat gadis itu ketawa keriangan.Senang rasanya melihat senyuman menawan itu. Rasa bagaikan dia melihat kembali In yang satu ketika dahulu dia pernah kehilangan.

“Tell me,honestly….”Zaidi bersuara lagi.Memandang gadis yang masih lagi tersenyum itu.“Sebelum ni pernah ke In terima benda benda macam ni?”dia menyoal.Takut juga kalau perkara ni dah lama berlarutan,cuma In yang tidak memberitahunya.

“Dapat special gift macam ni tak pernah lagi lah bang.Tapi kalau call tu adalah juga.”dia masih mahu bergurau dengan Zaidi.Senyum masih terukir dibibirnya.

“Call?Dah lama ke?”dia bertanya lagi,kali ni penuh minat.

“Tak adalah lama juga.Dua tiga minggu kebelakangan ni aje.Kenapa?”

“Dua tiga minggu kebelakangan ni?”dia mengerutkan dahi cuba berfikir sesuatu.

“Sejak kita jumpa kembali,kan?Tapi kenapa?Ada orang yang tak senang ke?”Zaidi tertanya tanya,hati dipagut bimbang.Risaukan keselamatan In.Dah begitu lama tapi tidak diberitahu.

“Tak tahu.Kot ada orang yang marah pada In agaknya.”dia bersuara bersahaja.

“Sebab?”Zaidi mengerutkan dahi.Kalau marahpun takkan sampai nak buat macam tu.

“Sebab abang kan ramai peminat.Tentu peminat abang marah pasal abang cari In sampai kesini.”tawa gadis itu meledak.Sesungguhnya itu lah pertama kali dia berasa gembira kembali.Bagai dia telah kembali ke dirinya dahulu.In enam bulan dulu,yang sentiasa ceria.

“Kenapa abang tengok In?”dia bertanya,bila Zaidi merenungnya dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan.
“Abang dah jumpa balik buah hati abang yang hilang dulu.”dia tersenyum,gembira melihat gadis itu telah mahu bergurau dengannya.In hanya tersenyum penuh makna mendengar ungkapan itu.Tidak dinafikan kini dia mula mendapat kembali segala gala yang hampir dia kehilangan dulu.



“Dia boleh kacau In bang.Tapi In takkan biarkan dia usik anak anak In.”dalam tangisan itu dia bersuara kasar.Marahnya membuak buak saat itu.Memeluk anak anaknya yang ketakutan.

“Sabar In.Sabar,polis tengah siasat.Mereka kata mungkin orang yang sama yang hantar surat ugutan pada In dulu.”Zaidi menghampiri In.Mak su nya turut kelihatan sungul.

“In tak kisah kalau dia berdendam dengan In bang.Tapi budak budak ni tak bersalah.” sayu suara gadis itu.

“Sudahlah tu In.In pergilah turun,biar mak temankan budak budak tu.Mereka pun dah ngantuk, tadi dah makan ubat.Mak rasa kejap lagi tidurlah tu.”Puan Zainon bersuara, mengarahkan anak itu turun untuk memberi keterangan kepada pegawai polis yang sedang menunggu.

“Mari sayang.In pun letih kan.Lepas beri keterangan nanti abang temankan
In tidur.” Zaidi pula memujuk In.Mengusap lembut bahu kekasih hati.

“Tapi bang,”dia mendongak memandang wajah anak muda itu.Namun perbualan mereka terganggu oleh satu ketukan dipintu bilik.

“Maaf,boleh tak cik beri keterangan sekarang?”terjengul seorang detektif dimuka pintu, memanggil In.

“Baik,sekejap lagi kami turun.”Zaidi bersuara,mewakili In.
Zaidi hanya memerhatikan sahaja gadis itu memberi keterangan kepada pihak polis, sesekali dia mengengam erat tangan In,seolah olah memberikan kekuatan kepada In.

Dia tahu ketakutan masih lagi menghantui In.Masih kedengaran lagi jeritan Haikal dan Danial bila membuka bungkusan yang sepatutnya berisi baju baru mereka.
Entah bila masanya bungkusan itu bertukar,dia mahu pun In tidak perasan langsung.Sewaktu mereka membeli belah tadi tidak perasan langsung yang bungkusan itu akan ditukar.

Mereka berlari mendapatkan pasangan kembar itu dan terkejut melihat bangkai kucing yang ditikam berkali kali.Begitu menakutkan dengan keadaan matanya yang tersembul dan perut yang terburai.Kata kata yang ditulis diatas sekeping kertas hitam itu turut menakutkan.


A special gift for someone special;

Jauhkan diri dari putera idaman,
Jauhkan diri dari kekasih hati,
Jauhkan diri dari milikku,
Jauhkan diri dari hidupnya,
Jika tidak nasibmu yang bakal tertulis kelak,
Beginilah………

Kata kata itu sama seperti yang dikirim bersama sama bungkusan pertama yang diterima In.Malahan cara dan gaya tulisannya juga sama.


“Please,jangan tinggalkan In.In takut bang.”In memegang erat tangan Zaidi.Tidak membenarkan lelaki itu meninggalkannya.Kalau dulu dia boleh berpura bagai tidak kisah,tapi kini ketakutan semakin menyerapi hatinya.

“Abang takkan tinggalkan In.tidurlah.”dia mengusap lembut rambut panjang gadis itu.

Bersimpati melihat keadaan In.Muka ditindukkan mengucup lembut dahi In.Zaidi memerhatikan saja gadis itu melelapkan mata.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?